Wednesday, May 11, 2011

Friday, January 29, 2010

Mencari keredhaan Sejatiiii

1- jernihkan hati dgn kembali kpd ALLAH SWT.

iaitu redha m'nerima sgla takdir-Nya. Bknlh sgla nikmat atau kesusahan yg menimpa itu dtg drpd Allah.
Daripada Abi Said al-Khudri dan Abi Hurairah RA Nabi SAW b'sabda: "Tidak m'nimpa seseorng Muslim satu kepenatan atau kesusahan atau kedudukan atau kerunsingan atau bencana ancaman sehingga duri yg d'pijaknya melainkan Allah kifaratkan kesalahannya dgn itu semua." (riwayat syaikhan)
Daripada suhaib Ibni Sinan katanya: Sabda Rasulullah SAW " keadaan Mukmin adalah mengkagumkan sekalian pekerjaannya adalah merupakan kebaikan untuknya. Kelebihan itu hanya untuk mereka , sekiranya dia m'perolehi kesenangan dia bersyukur maka itu adalah kebaikan untuknya dan jika dia di timpa kesusahan dia bersabar maka itu juga adalah kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menerangkan bahawa beruntunglah bg orang-orang mukmin kerana segala pekerjaannya adalah menguntungkan. Sekiranya dia dikurniakan nikmat dia syukuri dan jika dia ditimpa musibah mensyukuri dan bersabar. Maka untuknya pahala ganjaran yg berlipat ganda. Demikianlah keadaan mereka yang faham dan arif dengan Tuhannya. Jika prinsip ini yang kita pegang sunguh-sunguh maka kita sebagai umatnya tidak akan bersusah hati malah menerimanya dengan lapang.


2-
Betulkan tujuan atau niat hidup kita.

Iaitu untk mencari keredhaan Allah. Keredhaan Allah pula hanya boleh didapati dengan beribadah berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan semata-mata kerana Allah serta menerima apa-apa sahaja ketentuan Allah dengan sabar dan redha waiaupun pahit dan susah. jadi usaha-usaha membaiki akhlak atau membersihkan hati daripada segala sifat tercela adalah merupakan satu usaha yg berterusan.Istilah genjatan senjata tidak seharusnya wujud dalam peperangan melawan hawa nafsu yg rakus serta syaitan yg durjana.
Rasulullah SAW bersabda :" Sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dgn niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang ,buah atau ganjaran yg sesuai bagaimana niatnya. Barangsiapa hijrahnye kerana menuruti perintah Allah dan rasul-Nya nescaya hijrahnya diterima oleh Allah dan rasul-Nya ( dan diberi pahala) dan barang siapa hijrahnya kerana keuntungan dunia yg dikejarnya atau kerana perempuan yg akan dikahwininya,maka hijrahnya sampai kpd yg diniatkanya itu." (Riwayat Bukhari Muslim)

3-
Yakin pada diri sendiri dan bersikap optimis

iaitu bersifat qanaah yg bermaksud menerima dengan senang hati rezeki yang dianugerahkan oleh Allah SWT sama ada sedikit atau banyak. Dengan berqanaah kita akan mencapai mutiara kebahagiaan yang sebenar berdasarkan sebuah hadis yang berbunyi : "sesungguhnya berbahagialah orang yang masuk islam, rezekinya sederhana dan berpuas hati ( qanaah)menerima segala pemberian Allah SWT.
Rasa cukup,puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah adalah termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya. Rasulullah SAW bersabda lagi yang berbunyi: "bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta malah kekayaan sebenar adalah kekayaan jiwa."
Bila kita yakin dan redha dengan ketentuan Allah secara tidak langsung kita mudah menerima kenyataan,sanggup menghadapi kesusahan dan bersedia menanggung pelbagai rintangan yang mendatang.
Kita perlu sentiasa meneliti apakah kelemahan serta kekurangan diri dari masa kesemasa .jika mampu untuk berbuat demikian kita sebenarnya memasang mesin ' QUALITY CONTROL ' dalam diri kita.






































Friday, January 15, 2010

FRIEND!!!!!!

Is a collection of hearts, ready to give, share and understand.
It never fades and never ends, it only reminds us life is not perfect
without a friend......

Aku Hamba

Aku selalu melakukn dosa
sering melakukan kesalahan
sekalipun aku sudah pun mencuba
untuk menolaknye wahai tuhan
dengan rahmat-Mu engkau ampunkanlah
seluruh dosa-dosaku jangan biarkan aku terrumbang ambing
dan tengelam dengan dosa
aku ini kan hamba-Mu
aku adalah boneka yang engkau cipta
jangan kau biarkan aku tanpa pimpinan,
aku akan tersesat jalan
kalau engkau biarkan aku
dengan dosa dan noda
kalau engkau tinggalkan aku dengan kesalahan
segala ku miliki tiada erti apa-apa.....

Adab Terhadap ALLAH

1- Menyerah diri dan tunduk kepada kekuasaanNya.
2- Menginsafi bahawa kita tersangat kecil dan kerdil di hadapanNya
3- Merenung dan berfikir terhadap kebesaranNya
4- Bersegera menunaikan PerintahNya
5- Menjauhi larangan serta menghindari segala penentangan terhadapnya
6- Sentiasa memperbaiki akhlak mengikut tuntutanya
7- Ikhlas dalam beramal terhadapNya
8- Membersihkan pandangan dari memandang selain dari Nya
9- Hendaklah sentiasa menghidupkan perkara2 yang mendekatkan diri kepadaNya
10- Menyembunyikan kepentingan dalam beribadat (tanpa Riya')
11- Menyerahkan diri kepada Allah dan tetap memperbaiki usaha
12- Hati sentiasa berpaut dan terikat untuk mengerjakan ibadat
13- Bertaubat dan sentiasa berbuat kebaikan
14- Berusaha kearah kejayaan diri agar dapat mengagungkanNya
15- Benar-benar berserah kepada Allah ketika menghadapi perkara yang genting
16- Yakin bahawa segala permohonan dan permintaan kebaikan itu lambat laun akan dimaqbulkan Allah.
Renung-renungkan N selamat beramal.....

Wednesday, January 6, 2010

ni semua pic ank sedara..comel2 kn?? ank k.ima n abg wan huhuhu wawa, yuyin, imtiaz, adeq....
Raiha fadhwa, Nurin Nadhwa, Razin Imtiaz n Raziq Iqtidar

RAZIQ IQTIDAR BIN RONY ZEN

comelllllllnye huhuhu